Monday, July 01, 2013

YB Wong membantu Desa Timur, Air Itam untuk menurunkan harga IWK

Penduduk Desa Timur di Air Itam mengucapkan terima kasih kepada YB Wong Hon Wai, ADUN Air Itam kerana membantu mereka mengurangkan bayaran IWK dari RM8 kepada RM2 sebulan. Mereka telah terlebih bayar wang tersebut sejak 1997 sehingga 2012. Melalui usaha YB Wong, IWK bersetuju untuk membuat penyelarasan.  Penyelarasan ini dilakukan kerana flat tersebut dikategorikan semula sebagai rumah kos rendah. Melalui penyelarasan kredit, akaun IWK penduduk melebihi RM1000. Ini bermakna, penduduk-penduduk boleh menggunakan wang tersebut yang diselaraskan dalam akaun untuk pembayaran melebihi 41 tahun. Ini bermakna, mereka tidak perlu bayar untuk melebihi 41 tahun.

No comments: